comscore
Tumpuan :
Nasional

2 parah, 18 cedera nahas dua kenderaan

FOTO: JBPM Perak

PETALING JAYA: Dua parah manakala 18 lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan pacuan empat roda dekat Changkat Cermin, Manjung, Perak petang tadi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, bas yang membawa 19 penumpang termasuk pemandu itu terbabas ke pembahagi jalan.

Tambah beliau, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.38 petang.

Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar dibantu Sitiawan dan Manjung segera dikejar ke lokasi.

Pemeriksaan mendapati tiada mangsa yang tersepit namun terdapat dua mangsa daripada bas iaitu seorang lelaki yang juga pemandu dan penumpang wanita cedera parah.

Manakala pemandu pacuan empat roda cedera ringan.

Mangsa yang cedera parah dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Manjung serta ambulans dari Kementerian Kesihatan.

17 mangsa yang mengalami kecederaan ringan turut di hantar ke hospital untuk rawatan.

Punca nahas masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini