comscore
Tumpuan :
Nasional

2 parah, ambulans terbabas ke dalam parit

FOTO: JBPM

Oleh: Kumaran Rajamoney

TAIPING: Dua lelaki cedera parah dalam satu kemalangan membabitkan sebuah ambulans yang terbabas ke dalam parit di Jalan Tol Kamunting ke Taman Berkat di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.30 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, kami dapati kemalangan itu melibatkan empat orang mangsa. Seorang mangsa lelaki telah dikeluarkan oleh orang awam, dan tiga lagi mangsa dikeluarkan oleh pihak bomba.

“Tiga mangsa merupakan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala seorang lagi merupakan orang awam. Kenderaan itu sedang dalam perjalanan balik ke Parit Buntar dari Hospital Taiping,” katanya.

Dua mangsa parah dan dua mangsa yang cedera ringan dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

Operasi tamat pada jam 4.20 pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini