comscore
Tumpuan :
Nasional

2 sungai di Kelantan lepasi paras bahaya, mangsa banjir meningkat 123 orang

KOTA BHARU: Paras air di dua sungai utama di negeri ini meningkat dan melepasi paras amaran selepas hujan di Kelantan sejak semalam.

Berdasarkan laman web publicinfobanjir.water.gov.my, dua sungai melepasi paras amaran itu adalah Sungai Kelantan di Kuala Besar di sini yang mencatat bacaan 1.85 meter (m) berbanding paras normal 1.3m dan Sungai Melor di Jambatan Melor, Bachok dengan bacaan 8.45m berbanding paras normal 6m.

Empangan Bukit Kwong di Rantau Panjang pula melepasi paras waspada iaitu 17.24m berbanding paras normal 16.76m.

Kelantan kembali dilanda banjir apabila sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Pasir Puteh.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 123 mangsa daripada 42 keluarga terjejas ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changgai, Pasir Puteh.

Loading...
Terkini