comscore
Tumpuan :
Nasional

2 wakil rakyat BERSATU sedia kosongkan kerusi masing-masing

Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (kanan) dan Mohd Azizi Abu Naim.

KUALA LUMPUR: Dua wakil rakyat BERSATU sedia untuk mengosongkan kerusi masing-masing jika pindaan perlembagaan parti itu kelak melarang mereka memberi sokongan kepada pihak ketiga.

Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim.

Ketetapan itu diumumkan Syed Abu Hussin dan Mohd Azizi yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, selepas mengambil kira jika kuat kuasa pindaan perlembagaan BERSATU itu dibuat secara retrospektif.

Bercakap pada sidang media bersama, mereka menegaskan, ia turut dimuktamadkan selepas mengambil kira ketetapan menyokong kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuat secara sukarela, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak mahupun faktor imbuhan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini