comscore
Tumpuan :
Nasional

2 warga emas maut nahas SUV bertembung lori

Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit akibat nahas

SARIKEI: Dua warga emas maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner yang dinaiki mereka bertembung sebuah lori di Simpang Pakan, Jalan Pan-Borneo Sarikei-Sibu malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 11.05 malam.

Beliau berkata, ketika sampai di lokasi, mereka mendapati nahas membabitkan dua kenderaan dengan dua mangsa masih lagi tersepit dalam kereta, manakala dua lagi yang cedera sudah dikeluarkan orang awam.

“Maklumat awal yang diperoleh kereta dinaiki semua mangsa sedang menuju ke Pakan, manakala lori terbabit bergerak menuju ke Sarikei.

“Pemandu dikenali sebagai Yap Ah Tek, 69, disahkan maut oleh pamaredik yang tiba di lokasi. Penumpangnya, Lantau Meling, 96, meninggal dunia ketika dalam rawatan kecemasan di Zon Merah Hospital Sarikei,” katanya.

Beliau berkata, sejurus berjaya dikeluarkan, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini