comscore
Tumpuan :
Nasional

2 warga Malaysia maut dalam nahas di New Zealand adalah pelajar University of Canterbury

PETALING JAYA: Dua pelajar Malaysia maut dalam nahas jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand pada jam 1.45 tengah hari waktu tempatan pada Sabtu, dikenali sebagai Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni dan Wan Nur Adlina Alisa.

Kedua-dua mangsa adalah pelajar University of Canterbury.

Maklumat itu disahkan seorang jurucakap Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington yang dihubungi Bernama.

Tiga lagi yang cedera dikenali sebagai Nur Firas Wafiyyah dan Lya Issable Walton juga pelajar daripada universiti sama, sementara Muhamad Faris Mohd Fairusham daripada Victoria University of Wellington.

Terdahulu Kementerian Luar (Wisma Putra) menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, New Zealand mengesahkan kemalangan itu dalam satu kenyataan, membabitkan lima pelajar warga Malaysia.

Tiga yang cedera kini dirawat di Hospital Christchurch, South Islands.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini