comscore
Tumpuan :
Nasional

20 individu telah dipanggil SPRM dalam siasatan kes Spanco

KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan  Rasuah Malaysia (SPRM) akan memangil semua yang terbabit dengan membuat keputusan penganugerahan kontrak perolehan syarikat membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan, Spanco Sdn Bhd (Spanco) sejak syarikat berkenaan beroperasi pada 1990-an.

Antara senarai individu yang akan dipangil termasuk Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, berkata sehingga kini lebih 20 individu telah dipanggil dan dirakamkan keterangan berhubung kes berkenaan.

Jelasnya kesemua keterangan daripada semua yang terbabit itu perlu bagi melengkapkan siasatan kes tebabit

“Saya tidak nafikan memang ada yang disiasat dalam hal ini dan setakat ini belum ada lagi tangkapan dilakukan.

” Siasatan masih dijalankan dan kita perlu mengumpul banyak bukti lagi dalam kes Spanco ini,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi Program Cakna Rasuah bersama media Sarawak di Kuching.

Azam Baki menerima cenderamata dari Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA), Ronnie Teo (dua kanan) semasa program Cakna Rasuah Bersama Media Sarawak di Kuching.

Menurut  Tan Sri Azam, SPRM turut membekukan beberapa akaun bank milik syarikat dan beberapa individu yang disiasat terkait kes terbabit bagi tujuan siasatan kes.

Bagaimanapun kenderaan-kenderaan milik syarikat berkenaan yang disewakan kepada kerajan masih lagi berlansung seperti termaktud dalam kontrak asal kepada syarikat berkenaan.

Ia kerana mengikut kontrak terbabit, Spanco bertanggungjawab untuk membekal dan menyelenggara kenderaan yang digunakan oleh agensi kerajaan.

Katanya fokus penyiasatan ketika ini adalah menjurus kepada isu kontrak bagi membekal serta menguruskan ‘fleet’ kenderaan kerajaan bernilai RM4.5 bilion.

Pasukan penyiasatan juga turut diarah untuk menilai dan menyiasat berkenaan perolehan kontrak oleh syarikat berkenaan sebelum ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini