comscore
Tumpuan :
Nasional

20 kediaman di Kuching terjejas banjir

Foto: NSTP

KUCHING: Beberapa penempatan penduduk di bandar raya ini dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan sejak jam 3 pagi tadi.

Tinjauan mendapati lebih 20 kediaman di Kampung Sinar Budi Baru dan Taman Desa Wira di Batu Kawa, di sini terjejas.

Turut terjejas beberapa kawasan di Tabuan, Matang, Samariang serta Pending.

Foto: NSTP

Menurut penduduk, air mula memasuki rumah pada jam 6 pagi dan sehingga jam 9 pagi ini paras air semakin meningkat.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini