comscore
Tumpuan :
Nasional

20 lelaki didakwa ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng TR’

 

Foto: NSTP

KLANG: Seramai 20 lelaki berumur antara 26 hingga 51 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan sebagai ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng TR’ sejak lima tahun lalu.

Bagaimanapun, semua tertuduh hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahya.

Tiada pengakuan direkodkan daripada mereka kerana kes mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Individu terbabit adalah N Nithiyan, 39; S Logan, 32; R Parthipan, 32; M Keshava Nair; 30; A Balamurugan, 40; V S Wilbert, 46; M Ramakrishnan, 45; E Mohan, 34; M Thanasekaran, 44; dan Edward Liew, 49.

Turut didakwa ialah S Manoraj, 28; M Amaran, 30; S Hemanathan, 31; K Thana Seelan, 38; K Ravishankar, 43; Muhammad Razi Abdullah, 51; G Deeneskumar, 29; K Venaigaraj, 32; A Kogilan, 26; dan M Tineshkumar, 26.

Laporan penuh menyusul.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini