comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 20 lokasi sekitar Puchong dilanda ribut

Oleh Rusyaidi Hafiz Shahid

PUCHONG: Kira-kira 20 lokasi di sekitar Kampung Pulau Meranti, Taman Putra Perdana dan Apartment Angsana Bukit Puchong 2 dilanda ribut petang tadi.

Dilaporkan beberapa infrastruktur awam, masjid,surau, premis perniagaan serta rumah penduduk mengalami kerosakan teruk.

Menurut penduduk setempat yang dihubungi, kejadian ribut berlaku kira-kira jam 3.45 petang bermula dengan hujan lebat disertakan angin kencang.

Difahamkan, surau di kawasan terlibat mengalami kerosakan seperti cermin dan bumbung surau pecah.

Ribut yang berlaku itu turut menerbangkan bumbung surau sehingga mengakibatkan kerosakan pada rumah yang berdekatan.

Lebih parah, sekolah-sekolah di kawasan tersebut juga mengalami kerosakan fasiliti.

Turut menerima tempias, bazar ramadan di Taman Putra Perdana apabila pokok berhampiran tumbang dan khemah peniaga diterbangkan oleh angin yang kuat.

Jalan utama di dalam kawasan perumahan terjejas apabila pokok tumbang mengakibatkan jalan terpaksa di tutup.

Setakat ini difahamkan tiada kemalangan jiwa berlaku.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, menerusi catatan di Facebook rasminya berkata beliau sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan menyelaras bantuan kepada mangsa terlibat dengan kadar segera.

Loading...
Terkini