comscore
Tumpuan :
Jenayah

20 pelajar lelaki di Sabah terlibat kes rogol 2022

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah bersama warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petagas pada program Hari Pertama ke Sekolah 2023 Peringkat Negeri Sabah, hari ini

Oleh: Safwan Sawi

PENAMPANG: Seramai 160 orang pelajar ditahan di Sabah kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan mengikut statistik jenayah melibatkan pelajar sekolah sepanjang tahun lalu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, kes rogol merekodkan 20 orang pelajar lelaki dan angka itu amat membimbangkan memandangkan pelajar adalah generasi masa depan yang akan mencorakkan negara.

“Kita sebenarnya setakat ni siasatan lengkap ada dua orang yang kebanyakannya masih siasatan polis cuma yang tadi terlibat sembilan orang dibebaskan tanpa syarat mungkin tidak terlibat langsung mungkin cuma yang tadi dibawa jaminan polis yang mana pihak polis masih lagi dalam siasatan.

“Dalam proses pelajar-pelajar ni pun ada kita banyak kes melibatkan pelajar kita merujuk Timbalan Peguam Negara melihat sebagainya disamping memerlukan pelbagai laporan, dari Kebajikan Masyarakat, pihak sekolah, laporan ketua komuniti dan sebagainya macam mana budak ni jadi melibatkan banyak pihak agak rumit sikit,

“Dia tak macam orang biasa bersalah cukup bukti, kita bukan apa nak menghukum dia satu pencegahan untuk diorang dan kita usaha untuk menyelamatkan,” ketika ditemui media selepas melancarkan program Hari Pertama ke Sekolah 2023 Peringkat Negeri Sabah, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petagas di sini, hari ini.

Ketika berucap, Datuk Idris berkata, statistik jenayah yang dilaporkan sepanjang tempoh Januari hingga Disember tahun lalu, daripada 160 pelajar yang telah ditangkap di Sabah terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah melibatkan 140 orang pelajar lelaki dan 20 orang pelajar perempuan.

Antara kes yang melibatkan ramai pelajar adalah kes merusuh di bawah seksyen 147/148 kanun keseksaan atau gaduh gempar iaitu seramai 55 orang atau 48 pelajar lelaki dan tujuh orang pelajar perempuan.

Diikuti kesalahan mencederakan di bawah seksyen 323 kanun keseksaan iaitu 21 orang pelajar lelaki dan tiga orang pelajar perempuan manakala mencuri melibatkan 19 orang pelajar atau 14 orang pelajar lelaki, lima orang pelajar perempuan.

Justeru, jelasnya Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang dilantik bagi setiap sekolah perlu mewujudkan suasana sekolah yang aman dan selamat dengan membuat lawatan, ceramah atau sesi dialog, berkaitan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah.

PPS juga ujarnya hendaklah sentiasa bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta memberikan khidmat nasihat kepada pihak sekolah berhubung tindakan yang wajar diambil sekiranya berlaku sebarang kejadian jenayah melibatkan pelajar.

Loading...
Terkini