comscore
Tumpuan :
Nasional

20,000 banjiri Himpunan Keadilan, Suara Rakyat Suara Keramat

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Kira-kira 20,000 hadirin membanjiri Himpunan Keadilan, Suara Rakyat Suara Keramat yang diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil di ibu negara bermula jam 6 petang tadi.

Setakat jam 9 malam, orang ramai terus berpusu-pusu memasuki pintu utama stadium sementara menunggu ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis bermula dengan pengisian beberapa aktivis dan pimpinan PKR sebelum ucaptama oleh Perdana Menteri.

Dijadualkan majlis akan mengimbau kembali perjuangan pemimpin gerakan reformasi yang berlaku 26 tahun lepas, termasuk beberapa momen penting seperti pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Himpunan ini juga turut akan memperingati peringkat awal gabungan Pakatan Harapan memenangi pilihan raya dan menubuhkan kerajaan negeri sebelum perubahan seterusnya menjadi kerajaan Persekutuan pada 2018.

Perdana Menteri dijangka menyampaikan pidato khas yang dijadualkan pada 10 malam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini