comscore
Tumpuan :
Nasional

21 hari terputus bekalan air

Foto hiasan

JERTIH: Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd, SATU mengesahkan gangguan bekalan air yang berlaku di 11 kampung melibatkan Tangki Air Bukit Keluang di daerah ini berpunca daripada kebocoran paip di dasar Sungai Besut berhampiran Jambatan Kampung Lampu dekat sini.

SATU dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kebocoran paip bersaiz 600mm itu akan mengakibatkan sebanyak 2,670 akaun pengguna dijangka menghadapi gangguan bekalan air bermula hari ini hingga 21 Januari nanti, sementara kerja baik pulih dijalankan oleh kontraktor yang dilantik.

Sebanyak enam buah lori tangki air dan 49 buah tangki statik ditempatkan di kawasan terjejas dengan keutamaan kepada premis-premis kritikal.

Menurut kenyataan itu SATU akan memaklumkan perkembangan lanjut situasi tersebut dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi syarikat berkenaan seperti laman sesawang www.satuwater.com.my, aplikasi MySATU, Facebook, Instagram atau pengguna terlibat boleh hubungi di talian 1300-88-2111 jika mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan. – BERNAMA

Loading...
Terkini