comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 214 rumah, dua sekolah rosak dilanda ribut di Segamat

 

Oleh: Zahir Senapiah

SEGAMAT: Sebanyak 214 buah rumah rosak dan hilang bumbung dalam kejadian ribut disertai hujan di daerah ini, petang semalam.

Daripada jumlah itu, 101 rumah rosak di Felda Palong Timur 3, di perumahan Kilang Sawit (68), di Felda Palong 1 (29), di Felda Palong Timur 2 (13) dan 3 rumah di Kampung Bakar Batu.

Turut terjejas, dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan LKTP Palong Timur 2 dan SMK Palong Timur Segamat.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamri Marinsah berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sehingga jam 11 pagi tadi, pihaknya hanya menerima 6 laporan yang dibuat mangsa.

“Kita jangka jumlah laporan akan bertambah menjelang petang nanti itu kerana ramai mangsa sibuk mengemas dan membaiki kerosakan yang dialami,” katanya.

Justeru orang ramai diingatkan sentiasa berwaspada dengan perubahan cuaca bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Turut turun padang meninjau kawasan terjejas, EXCO Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznam Tamin dan Ahli Dewan Undangan Negeri, Zahari Sarip.

Dalam pada itu, anggota tentera kem Segamat mengadakan gotong-royong membantu mangsa di Felda Palong Timur.

Selain membersihkan pokok yang tumbang, mereka juga membaiki bumbung rumah yang diterbangkan angin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini