comscore
Tumpuan :
Nasional

2,204 saman Ops HRA dikeluarkan JPJ Pahang

 

KUANTAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang mengeluarkan 2,499 notis termasuk 2,204 saman atas pelbagai kesalahansepanjang operasi penguatkuasaan sempena perayaan hari raya Aidilfitri (Ops HRA) di negeri ini.

Dalam operasi selama 10 hari yang bermula 18 hingga 27 April lalu itu, sebanyak 8,342 kenderaan telah diperiksa dan 1,337 daripadanya telah diambil tindakan.

Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar Nordin, berkata daripada keseluruhan saman yang dikeluarkan, kesalahan membabitkan tidak memiliki lesen memandu dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) termasuk insuran merekodkan kes tertinggi.

Menurutnya, bagi memastikan kelancaran pergerakan pengguna jalan raya dalam tempoh perayaan hari raya Aidilfitri lalu, JPJ Pahang turut menguatkuasakan pematuhan peraturan jalan raya dengan memfokuskan kepada sembilan kesalahan yang dianggap punca utama kemalangan.

“Hasil tindakan penguatkuasaan itu, antara kesalahan yang paling banyak dikesan dan diambil tindakan ialah 81 kes tidak mematuhi isyarat lalulintas (81 kes), tidak memakai topi keledar (43 kes) dan memotong di sebelah kiri (14 kes).

“Sepanjang tempoh operasi itu, empat kenderaan disita di bawah sekyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 termasuk sebuah kenderaan klon,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarul Iskandar berkata, hasil tindakan penguat kuasaan tempoh larangan pemanduan kenderaan barangan, sebuah lori disita kerana gagal mematuhi arahan larangan yang dikuatkuasakan pada 20 dan 21 April serta 24 dan 25 April lalu.

Loading...
Terkini