comscore
Tumpuan :
Nasional

23 laluan ditutup, dilencong mulai esok sempena perarakan pedati

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: 23 laluan dan jalan di sekitar pusat bandaraya akan ditutup secara berperingkat bermula jam 5 petang esok sempena sambutan Thaipusam yang akan disambut Khamis ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, penutupan jalan dilakukan bagi melancarkan pergerakan perarakan pedati (Chariot) yang bermula jam 9 malam esok.

“Perarakan akan bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun HS Lee dan akan berakhir pada 24 Januari pada jam 4 petang.

“Perarakan balik akan bermula jam 3 petang pada 26 Januari melalui jalan sama,”katanya pada sidang media di Balai Polis Tun HS Lee, hari ini.

Menurutnya, antara jalan yang akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat ialah Jalan Tun HS Lee; Jalan Sultan; Jalan Tan Cheng Lock; Jalan Pudu; Jalan Tun Perak; Jln Leboh Ampang; Jalan Munshi Abdullah; Jalan Dang Wangidan Jalan Raja Laut.

“Selain itu Jalan Belia; Jalan Sri Amar; Jalan Raja Laut; Jalan Sultan Azlan Shah; Jalan Tun Razak; U Turn; Jalan Tun Razak; Jalan Perhentian; Jalan Sultan Sultan Azlan Shah; Jalan Ipoh Lama (Batu Lima); Jalan Ipoh ( KL ) Menuju Bulatan Bt Caves (Jalan Salah daripada MRR2); susur dari MRR2dan Batu Caves.

“Polis ingin menasihatkan kepada seluruh warga Kuala Lumpur terutama kepada pengguna-pengguna jalan raya supaya mengelakkan dari menggunakan atau melalui jalan yang terbabit dengan penutupan dan lencongan serta patuhi arahan anggota polis yang bertugas,” katanya.

Loading...
Terkini