comscore
Tumpuan :
Nasional

23 motosikal hangus dalam kebakaran bengkel

Oleh: Selwam Arjunan

BUKIT MERTAJAM: 23 motosikal hangus dalam kebakaran bengkel motosikal di Guar Perahu, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran di sebuah bengkel motosikal di Jalan Arumugam Pillai, Kampung Guar Perahu pada jam 3.18 pagi.

Jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penanti tiba di lokasi, disusuli bantuan dari BBP Perai dan Bukit Mertajam.

Pemeriksaan mendapati api telah marak dan tindakan segera diambil untuk mengawal kebakaran.

“Peratusan kemusnahan akibat kebakaran sebanyak 70 peratus.

“Kebakaran melibatkan 23 unit motosikal dan satu unit ATV dengan anggaran peratusan kemusnahan akibat kebakaran sebanyak 90 peratus.

“Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat,” katanya dalam satu kenyataan.

Kebakaran dipadam sepenuhnya dan kes diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran untuk tindakan lanjut.

Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini