comscore
Tumpuan :
Nasional

2,300 cawangan Speed Mart tawar Jualan Rahmah untuk 150 barangan asas

Oleh Rusyaidi Hafiz Shahid

KUALA LUMPUR: 2,300 cawangan 99 Speed Mart di seluruh negara memulakan aktiviti Jualan Rahmah yang berlangsung selama sebulan bermula 23 Mac sehingga 22 April depan.

Jualan ini melibatkan sebanyak 150 pelbagai produk barangan asas dan perlu seperti beras, susu tin, air minuman, ketupat mini, kordial, barangan pencuci, mentega, biksut raya dan sebagainya yang masing-masing ditawarkan pada harga yang lebih rendah sehingga 40% berbanding harga jualan murah sedia ada.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melihat tambahan diskaun di bawah Jualan Rahmah yang ditawarkan oleh 99 Speed Mart ini sebagai tawaran yang amat berbaloi, berpatutan dan mampu milik kepada seluruh rakyat Malaysia, seiring dengan keperluan rakyat untuk mendapatkan barangan keperluan asas.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub menjelaskan Jualan Rahmah ini juga dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan bagi persediaan untuk menyambut bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.

Pihak kementerian akan terus komited untuk memastikan seluruh warga Malaysia Madani dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup (cost of living) dalam situasi mencabar dan tidak menentu pada hari ini.

Pada masa yang sama, KPDN sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh warga industri sektor peruncitan di negara ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja dengan memberi ganjaran tambahan atau nilai tambah kepada pengguna, khususnya menjelang musim perayaan yang bakal menjelang.

Loading...
Terkini