comscore
Tumpuan :
Nasional

239 PATI Indonesia dihantar balik dari Sabah

Sebahagian PATI warga Indonesia yang dipindahkan balik ke negara asal secara terus menggunakan perkhidmatan feridari Terminal Feri Tawau ke Pelabuhan Nunukan, Terminal Tunon Taka di Indonesia, semalam. – Foto Imigresen Sabah.

TAWAU: Seramai 239 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dipindahkan dari Depot Tahanan Imigresen di Sabah untuk dihantar pulang ke negara asal, semalam.

Operasi pemindahan itu adalah sebahagian daripada operasi berterusan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua empat Depot Imigresen di Kota Kinabalu, Papar, Sandakan dan Tawau dengan kerjasama Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu (KJRI) serta Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau.

Pengarah Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata, pengusiran siri ke-14 semalam membabitkan 186 tahanan lelaki dan 41 wanita serta 12 kanak-kanak bersama Ibu bapa masing-masing berumur antara dua hingga 76 tahun.

“Semua mereka dipindahkan balik ke negara asal secara terus dari Terminal Feri Tawau ke Pelabuhan Nunukan, Terminal Tunon Taka di Indonesia menggunakan perkhidmatan feri Francis Express dan Purnama Express,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, SH Sitti Saleha berkata, semua PATI yang dihantar pulang itu sebelum ini ditahan di Depot Imigresen seluruh Sabah atas pelbagai kesalahan Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan sudah selesai menjalani hukuman.

“Setakat ini, keseluruhan seramai 5,048 individu tahanan warga asing telah dipindahkan melalui pintu udara dan laut dengan 1,783 orang daripadanya membabitkan tahanan warga Indonesia yang telah dihantar pulang setakat September tahun ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini