comscore
Tumpuan :
Nasional

25 kawasan di Klang, Shah Alam dinaiki air

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 25 kawasan sekitar Klang dan Shah Alam dinaiki air susulan hujan lebat yang melanda kira-kira jam 8 malam tadi.

Antara kawasan terbabit ialah Taman Maznah, Taman Melawwis, Kampung Jawa, Sungai Udang, Johan Setia, Bandar Klang, Taman Sentosa, Batu Belah, Kampung Telok Menegon, Kampung Jalan Kebun dan Kampung Rantau Panjang.

Turut dinaiki air ialah Taman Bijaya, Taman Seri Menegon, Kampung Kuantan, Bukit kuda, Taman Alam Shah, Taman Bayu Perdana, Telok Gadong Besar, Kampung Seri Gambut, Kampung Sungai Pinang, Kampung Perajurit dan Kampung Nelayan di Telok Gong, Lorong Bendahara, Taman Mewah Baru, Taman Sungai Jati serta Taman Chi Liung.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, mengesahkan perkara itu, namun memaklumkan tiada operasi menyelamat dilakukan setakat ini.

Bagaimanapun, katanya pemantauan dan rondaan sedang dilakukan oleh semua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di kawasan terbabit.

“Berdasarkan pemantauan, paras air parit dan longkang melimpah ke jalan raya bagaimanapun tidak masuk kediaman penduduk.

“Air juga dilihat mengalir dengan baik dan pemantauan secara berterusan sedang dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya melalui kenyataan.

Loading...
Terkini