comscore
Tumpuan :
Nasional

26 individu ditahan dalam operasi pencegahan jenayah bersepadu

Foto hiasan

BALIK PULAU: Polis menahan 26 individu atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Pencegahan Jenayah Bersepadu yang dijalankan kawasan daerah Barat Daya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata mereka yang ditahan melibatkan 18 kes narkotik dan masing-masing empat kes jenayah serta jenayah komersial.

“Dalam operasi itu, pihak polis turut menyita 18 buah motosikal di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan 151 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan jalan raya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata selain membendung samseng jalanan yang melibatkan mat rempit, operasi itu juga bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan-peraturan lalu lintas sedia ada, serta mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Kamarul Rizal berkata operasi tersebut turut tertumpu di lokasi yang menjadi tumpuan mat rempit melakukan aksi berbahaya dan mengesan pemandu mabuk, mencegah kejadian kes kecurian kenderaan, ragut, pecah rumah dan lain-lain jenayah. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini