PASIR GUDANG: 26 buah motosikal hangus dijilat api dalam kebakaran di kawasan parkir motosikal di sebuah kilang dekat jalan Pekeliling, dekat sini, pagi tadi.
Kejadian dilaporkan berlaku 10 pagi tadi ketika sebahagian besar pekerja kilang sedang bekerja.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan jam 10.03 pagi.
26 buah motosikal hangus dijilat api dalam kebakaran di kawasan parkir motosikal di sebuah kilang dekat jalan Pekeliling, pagi tadi. pic.twitter.com/7UAepFqY6y
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) September 9, 2024
Sebuah jentera bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Pasir Gudang bersama sembilan anggota diketuai Pegawai Bomba kanan satu, Anuar Abdullah bergegas ke lokasi.
“Setibanya anggota di tempat kejadian mendapati kerja-kerja pemadaman dilakukan pasukan ERT MMHE menggunakan 2 aliran 200 kaki, 2 pancutan dan 13 unit alat pemadam api (dry powder)” katanya.
Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Kebakaran berkenaan turut tular di media sosial.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.