comscore
Tumpuan :
Nasional

26 motosikal musnah dalam kebakaran di parkir asrama lelaki UniMAP

Oleh: Kumaran Rajamoney

 

ARAU: Sejumlah 26 motosikal musnah, manakala 10 yang lain mengalami kerosakan kecil dalam satu kebakaran di kawasan parkir asrama lelaki Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh di sini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 4.34 pagi.

“Bertindak atas maklumat berkenaan, MPV PS 156 telah menghala ke tempat kejadian. Kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh pihak Bomba.”

“Jumlah keseluruhan kerosakan adalah sebanyak 36 buah motosikal. Hasil siasatan, punca kebakaran masih belum diketahui dan menunggu laporan pemeriksaan dari Forensik Bomba. Pegawai Penyiasat Jenayah telah melawat tempat kejadian untuk siasatan awal,” katanya.

Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Arau telah menjalankan kerja pemadaman.

Kerja pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran 200 kaki, dua pancutan air tangki jentera bomba.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini