comscore
Tumpuan :
Nasional

26,000 rakyat Malaysia mati akibat rokok setiap tahun

KUALA LUMPUR: Kira-kira 26,000 kematian rakyat Malaysia direkodkan setiap tahun berkaitan dengan merokok.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata tabiat merokok menyumbang kepada beberapa penyakit kronik.

“Apa yang dikatakan ‘Tobacco Related Disease’ termasuk kardiovaskular,serangan jantung, strok dan itu tidak termasuk lagi dalam hal yang berkait dengan kanser terkait dengan rokok”

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Hari Tanpa Tembakau di ibu negara di sini hari ini.

Tambahnya Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 juga mendapati penggunaan rokok elektronik dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun meningkat hampir 15% pada 2022 berbanding 9.8% pada tahun 2017.

“Ini adalah mustahak untuk kita ambil ‘Wake Up Call’ merokok turun ‘Vaping’ naik jadi itu yang hendak saya tekankan soalan segera perlaksanaan pengawalan dan sebagainya”

“Antara faktor yang menjadi tarikan kanak-kanak dan remaja adalah yang bersifat menarik kepada golongan ini kedua adalah promosi yang berleluasa yang buat sementara ini tanpa kawalan di sosial media sebab kita belum peraturan dan perintah untuk kita laksanakan Akta 852 Akta Kawalan Produk Merokok dan Kesihatan Awam 2024 belum kita laksanakan”

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini