comscore
Tumpuan :
Nasional

269 kes baharu COVID-19 dicatatkan semalam

Foto hiasan

PETALING JAYA: Laman web KKMNOW melaporkan sebanyak 269 kes baharu COVID-19 semalam yang terdiri daripada 266 jangkitan tempatan dan tiga kes import.

Tiada kematian dilaporkan.

Angka itu meningkatkan jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 di negara ini kepada 5,036,140 kes, dengan kematian kekal sebanyak 36,940 kes.

Setakat semalam, sebanyak 9,480 kes masih aktif, termasuk 21 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 14 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, hanya 371 pesakit atau 3.9% menerima rawatan di hospital.

Seramai 285 pesakit dilaporkan sembuh.

Loading...
Terkini