comscore
Tumpuan :
Nasional

27 Timbalan Menteri angkat sumpah hari ini

 

Oleh Siti Khadijah Jaafar

KUALA LUMPUR: Seramai 27 Timbalan Menteri akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Timbalan Menteri akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara, pada pukul 3 petang.

Persiapan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia jawatan timbalan menteri.

Terdahulu kesemua mereka hadir bagi menjalani sesi raptai demi kelancaran istiadat petang ini.

Sesi raptai yang bermula jam 9 pagi itu berlangsung hampir dua jam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan senarai timbalan menteri yang akan menyertai kerajaan diterajuinya dalam sidang media di Putrajaya.

Laporan lanjut menyusul.

Loading...
Terkini