comscore
Tumpuan :
Nasional

270 kes positif di DTI Bukit Jalil

KUALA LUMPUR: Sebanyak 277 kes baharu jangkitan wabak COVID-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM), yang kebanyakkannya dalam kalangan warga asing di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham, berkata, DTI Bukit Jalil mencatatkan sebanyak 270 kes baharu iaitu sampel ulangan bagi Orang Kena Tahan (OKT) yang dikuarantin di depot tahanan berkenaan.

Empat kes pula membabitkan warga tempatan dan dua kes jangkitan daripada luar negara .

Katanya, bagi kes yang sudah sembuh pula sebanyak 28 kes dilaporkan hari ini.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, sehingga jam 12 tengah hari ini tiada pertambahan kes kematian dan jumlahnya kekal sebanyak 115 kes bersamaan 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Loading...
Terkini