Tumpuan :
Nasional

273 penduduk diarah pindah, tebing Bukit Kanada runtuh

Penduduk Kampung Lereng Bukit, Miri diarah berpindah apabila tebing Bukit Kanada runtuh akibat hujan lebat hari ini. -FOTO IHSAN JBPM

KUCHING: Seramai 273 penduduk yang mendiami 32 rumah di Kampung Lereng Bukit di Miri diarahkan berpindah apabila tebing Bukit Kanada runtuh, hari ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri berkata, semua mangsa kini ditempatkan di Dewan Suarah Miri.

Beliau berkata, runtuhan Bukit Kanada itu berlaku susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Menurutnya, runtuhan kecil masih berlaku dan pihaknya terus menjalankan memantau pergerakan tanah di kawasan itu.

Usaha masih dijalankan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian tanah runtuh itu.

Kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit itu pernah mengorbankan dua pekerja stesen minyak apabila mereka tertimbus dalam kejadian pada 16 Januari 2009.

Kejadian pada jam 1 pagi, 16 tahun lalu itu turut meranapkan stesen minyak terbabit.

Pada 23 Januari 2014, satu lagi kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan berdekatan sehingga memaksa 16 penghuni rumah meninggalkan kediaman mereka.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini