KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 laporan polis sudah diterima setakat hari ini ke atas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung siasatan isu pensijilan halal.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, 28 laporan polis itu diterima di seluruh negara setakat jam 2 petang tadi.
Menurutnya, enam laporan polis diterima di Selangor, Kuala Lumpur (1), Kedah (4), Perak (5), Kelantan (3), Melaka (1), Negeri Sembilan (2), Pahang (2), Terengganu (4).
Harian Metro hari ini melaporkan keterangan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung siasatan isu pensijilan halal akan diambil Polis DirajaMalaysia (PDRM) esok.
Keterangan Ahli Parlimen berkenaan akan diambil oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman jam 10 pagi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.