comscore
Tumpuan :
Nasional

3 lelaki disyaki terlibat judi Piala Dunia ditahan

FOTO: NSTP

Oleh Shaharil Kadir

IPOH: Polis Perak menahan 3 lelaki dipercayai terbabit dengan kegiatan pertaruhan judi bola sepak sempena Piala Dunia Qatar 2022.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri dalam satu kenyataan berkata  suspek yang berusia antara 20 hingga 50 tahun itu ditahan menerusi Op soga 9 di Ipoh dan Hilir Perak semalam.

Aktiviti pertaruhan dikesan menggunakan aplikasi yang membolehkan pelanggan membuat pertaruhan di alam maya.

Suspek hanya perlu tambah nilai aplikasi berkenaan atau membeli secara terus di premis yang menyediakan tambah nilai.

Hasil operasi berkenaan polis merampas dua telefon bimbit yang dijadikan peranti mencatit pertaruhan serta 900 ringgit wang pertaruhan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953.

Loading...
Terkini