comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 3 lelaki maut dilanggar tren komuter

KAJANG: Tiga lelaki maut dilanggar tren komuter di sini malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, ketiga-tiga mangsa dilaporkan menceroboh masuk ke kawasan landasan Keretapi Tanah Melayu (KTM).

Foto: Ihsan JBPM

Kejadian yang berlaku di Landasan KTM, Taman Puncak Utama Jade Hill, Selangor dilaporkan kepada JBPM Negeri Selangor jam 10.53 malam.

Lima anggota dari Pasukan Bomba BBP Kajang kemudian bergegas ke lokasi kejadian dengan menaiki jentera FRT sejurus menerima panggilan.

Foto: Ihsan JBPM

Menurut Komander Operasi, PBK I Salleh Bahran, kesemua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan( KKM).

Identiti ketiga-tiga mangsa bagaimanapun belum dikenal pasti.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

 

Loading...
Terkini