KUALA LIPIS: Tiga lelaki maut manakala dua cedera dirempuh trak pikap ketika sedang membaiki treler rosak dalam kejadian di Jalan Merapoh-Kuala Lipis, awal pagi tadi.
Pemandu dan penumpang trak pikap jenis Toyota Hilux itu terselamat tanpa kecederaan.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 2.44 pagi sebelum sembilan anggota bomba dikerah ke tempat kejadian.
“Tiga lelaki yang sedang membaiki treler rosak disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi cedera.
“Pemandu pikap Toyota Hilux dan penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Mangsa yang cedera dirawat oleh pasukan perubatan manakala mayat tiga lelaki diserahkan kepada polis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.