comscore
Tumpuan :
Nasional

3 lelaki sesat lebih 8 jam ditemui dalam keletihan

Tiga lelaki ditemui dalam keadaan letih selepas dipercayai sesat lebih lapan jam dalam kawasan berhampiran Air Terjun Sungai Mas, Tasik Biru, Kangkar Pulai di sini, tengah malam tadi. FOTO: JBPM JOHOR

JOHOR BAHRU: Tiga lelaki yang dipercayai sesat lebih lapan jam di kawasan air terjun Sungai Mas, Tasik Biru, Kangkar Pulai, di sini, ditemui dalam keadaan keletihan, awal pagi tadi.

Komander Operasi Fairuz HelmiMohd Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang tersesat pada 3.54 petang semalam.

Menurutnya, sepasukan 18 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai dan BBP Kulai dihantar ke lokasi selain dibantu enam anggota Persatuan Malim Gunung dan enam orang anggota polis.

“Setibanya pasukan di tempat kejadian, dipercayai terdapat tiga mangsa berusia 27 hingga 35 tahun sesat di lokasi dan ditemukan keletihan di lereng bukit pada 12.30 tengah malam tadi.

“Mereka kemudian dibawa keluar dengan selamat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Loading...
Terkini