comscore
Tumpuan :
Nasional

[KEMAS KINI] [ VIDEO] 4 maut, 4 parah dalam kemalangan babit dua 4WD


KUALA KRAI: [KEMAS KINI] Empat maut, manakala empat yang lain parah dalam kemalangan membabitkan dua pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, tengah malam tadi.

Dalam kejadian jam 12.36 malam itu, mangsa yang maut adalah dua lelaki dan seorang wanita.

FOTO: JBPM

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berkata pihak bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan dan mendapati kemalangan membabitkan Toyota Hilux yang bertembung Ford Ranger.

FOTO: JBPM

“Ada juga mangsa tersepit dan anggota melakukan kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa.

“Kemalangan terbabit mengakibatkan tiga mangsa yang meninggal dunia dan lima lagi cedera parah.

“Semua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai,” katanya dua mangsa yang maut dari Toyota Hilux dan seorang lagi adalah wanita dari kenderaan Ford Ranger.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini