comscore
Tumpuan :
Nasional

3 maut dalam nahas kereta dengan lori

 

PAGOH: Tiga termasuk dua wanita maut selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori, di kilometer 123.6 lebuhraya utara selatan arah selatan, dekat sini, malam tadi.

Seorang lagi penumpang wanita cedera parah dalam kemalangan yang berlaku jam 8 malam itu.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor, pihaknya menerima panggilan jam 8.23 malam.

Sebuah jentera bersama 6 anggota dari balai bomba Pagoh bergegas ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan dua, Jefri Hashim.

Katanya, sebaik tiba di lokasi mendapati sebuah kereta BMW 3 series yang dinaiki seorang lelaki dan tiga wanita, terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori.

“Kemalangan itu menyebabkan semua mangsa tersepit. Tiga daripada mereka termasuk dua wanita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai Kesihatan KKM yang berada dilokasi kejadian.” katanya.

Seorang lagi mangsa wanita yang cedera parah dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Mayat ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Polis sedang mengenalpasti identiti semua mangsa yang maut dan cedera, selain menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini