comscore
Tumpuan :
Nasional

3 maut, empat cedera, 4WD terbabas

 

Foto: JBPM

MIRI: Tiga maut manakala empat cedera selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) dinaiki hilang kawalan dan terbabas di Batu 72 Jalan Pan-Borneo Miri-Bintulu, dekat sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, mangsa, Evelyn Shely Manyie berusia 26 tahun, Eddy Indau, 26 dan Jengging Tisok, 39 disahkan maut di lokasi kejadian.

“Empat lagi mangsa termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dilaporkan cedera.

“Kejadian membabitkan 4WD model Isuzu Dmax yang terbabas ke bahu jalan menyebabkan empat mangsa tercampak ke dalam longkang, manakala seorang ke dalam semak berhampiran.

“Tiga disahkan sudah meninggal dunia dan maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Punca kemalangan sedang disiasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini