comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 3 maut Vellfire terjunam dalam parit

 


JOHOR BAHRU: Tiga maut selepas sebuah kereta Toyota Vellfire terbabas dan terjunam ke dalam parit berhadapan Hotel Tune, dekat sini, pagi tadi.

Kereta berkenaan terjunam ke dalam parit sedalam 2 meter.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan jam 7.20 pagi.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Larkin dikejarkan ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan Satu, Haizrul Rahmat.

“Sebaik tiba di lokasi didapati tiga mangsa 2 wanita dan satu lelaki terperangkap dalam kenderaan terbabit dan berjaya mengeluarkan semua mangsa. Bagaimanapun semua mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai kesihatan,” katanya.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Identiti mangsa yang maut telah dikenal pasti iaitu Chu Wei Yean, 28; Aw Siew Chern, 35 dan Chu Wan Rou, 31 tahun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini