comscore
Tumpuan :
Nasional

3 PBT perluas dasar kebun komuniti, “waste to wealth” di Segamat 

 

PUTRAJAYA: Pelaksanaan dasar kebun komuniti dan inisiatif “waste to wealth” di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mampu dikembangkan ke daerah Segamat, Johor.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, inisiatif itu secara tidak langsung dapat meningkatkan kelestarian alam sekitar serta memberi manfaat ekonomi kepada komuniti setempat.

Beliau berkata inisiatif itu dibincangkan ketika mengetuai delegasi dari Wilayah Persekutuan untuk mengadakan potensi kerjasama yang dapat dimanfaatkan bersama antara pihak Jabatan Wilayah Persekutan (JWP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan Majlis Perbandaran Segamat (MPS).

“Gabungan kepakaran dan sumber daya daripada ketiga-tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) ini dapat membuka peluang untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di kedua-dua Wilayah Persekutuan dan Segamat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Zaliha berkata sebagai tindak balas terhadap perbincangan itu, satu pasukan khas akan dibentuk untuk meneruskan perbincangan dan merancang langkah seterusnya.

Menurutnya JWP juga mengalu-alukan dan memanjangkan jemputan kepada pegawai daripada MPS untuk melawat Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi melihat sendiri inisiatif bandar pintar yang telah dilaksanakan.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini