comscore
Tumpuan :
Nasional

3 pegawai kanan agensi kerajaan direman, seorang disambung reman

 

Foto: NSTP

KOTA BHARU: Tiga pegawai kanan termasuk seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam ditahan reman empat hari bermula hari ini untuk siasatan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah.

Mereka ditahan reman sehingga Khamis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

Seorang lagi pegawai kanan pula disambung reman selama tiga hari bermula esok sehingga Khamis ini mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 selepas disyaki membuat tuntutan palsu sejak tahun lalu.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Hakim Nik Habri Muhamad di Mahkamah Sesyen di sini.

Terdahulu, empat pegawai kanan yang memakai baju lokap SPRM tiba jam 9.15 pagi dengan dikawal oleh pegawai SPRM.

Media semalam melaporkan, tiga pegawai kanan agensi kerajaan berusia antara 40 hingga 49 tahun ditahan kerana disyaki terbabit meminta dan menerima rasuah bagi pelbagai projek termasuk pembekalan di Kelantan.

Tiga daripada mereka dipercayai ditahan jam 7.30 malam tadi, ketika dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM Kelantan.

Mereka dipercayai terbabit dalam meminta dan menerima wang rasuah daripada beberapa individu atau syarikat, namun jumlah rasuah masih dalam siasatan SPRM.

Seorang daripada mereka ditahan pada 30 April lalu untuk siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 selepas disyaki membuat tuntutan palsu sejak tahun lalu dan ditahan reman selama enam hari.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini