Tumpuan :
Nasional

3 pekerja maut tertimbus, JKKP arah henti kerja binaan jalan raya

Abdul Aziz (tengah) ketika menjalankan siasatan ke atas tapak projek pembinaan jalan baharu di Kampung Maka, Labok dekat Pulai Chondong. – Foto ihsan JKKP

MACHANG: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kelantan mengarahkan kerja pembinaan jalan raya di Kampung Maka, Labok di sini, dihenti serta-merta.

Ia susulan kejadian  tiga pekerja warga Bangladesh maut tertimbus dalam runtuhan ketika kerja meratakan pasir di dasar korekan,
Khamis lalu.

Pengarah JKKP Kelantan, Ir Abdul Aziz Salim berkata majikan juga diarah memastikan kawasan korekan serta sekitarnya diperiksa oleh pihak yang ditetapkan bagi memastikan ia selamat termasuk keperluan pemasangan peralatan perlindungan terhadap gelinciran tanah.

“Tindakan perundangan boleh diambil jika dikesan ada pelanggaran berlaku di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, beliau bersama Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Kelantan, Nazri Zakaria serta pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Machang dan kontraktor menjalankan siasatan di tapak projek berkenaan.

Abdul Aziz berkata, menjadi tanggungjawab majikan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja termasuk di tapak pembinaan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini