Tumpuan :
Nasional

3 PPS masih dibuka di Terengganu menempatkan 67 mangsa banjir

Foto fail NSTP

KUALA TERENGGANU: Seramai 67 mangsa banjir daripada 15 keluarga masih berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah setakat jam 8 pagi ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, di Marang terdapat 49 mangsa daripada 11 keluarga berlindung di PPS di Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai manakala terdapat lapan mangsa daripada dua keluarga di Dewan Sivik Merchang.

Di Dungun, hanya satu PPS masih dibuka iaitu di Balairaya Alor Mak Bah, menempatkan 10 mangsa daripada dua keluarga.

Sementara itu, menerusi laman web public InfoBanjir memaklumkan dua sungai mencatatkan amaran berjaga-jaga iaitu Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu, dengan bacaan 11.3 meter (m) berbanding paras normal 10.5m.

Turut melepasi paras berjaga-jaga adalah di Parit Utama di Padang Kemunting (F1) Kuala Nerus, yang mencatatkan bacaan 3.46m berbanding paras normal 3.2m.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini