comscore
Tumpuan :
Nasional

3 premis makanan ada najis tikus diarah tutup 

Foto: NSTP/ Ihsan MBPP

GEORGE TOWN: Tiga premis makanan di Tanjung Bungah di sini, diarah tutup selama 14 hari susulan penemuan najis tikus ketika pemeriksaan dilakukan Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), semalam.

MBPP menerusi kenyataannya berkata, arahan penutupan itu berkuat kuasa serta-merta semalam.

“Pemeriksaan menyeluruh turut dilakukan di bahagian dapur, tempat basuhan, rak penyimpanan makanan, longkang dan parit, didapati pengusaha premis gagal menyediakan kawalan makhluk perosak (pest control) secara berjadual.

“Pemeriksaan ke atas alatan perangkap minyak mendapati pengusaha gagal melakukan penjadualan pembersihan. Ini menyebabkan berlaku masalah perparitan dan menjadi punca longkang awam tersumbat,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

MBPP berkata, tindakan dilakukan mengikut Undang-undang Kecil (UUK) Establisymen Makanan MPPP 1991, keseluruhannya tahap kebersihan ketiga-tiga premis makanan itu tidak memuaskan.

“Kesemua pengusaha premis makanan itu boleh membuat rayuan pemeriksaan semula selepas mematuhi piawaian (SOP) Majlis.

“Mereka akan dibenar beroperasi semula jika memenuhi kriteria aspek kebersihan yang memuaskan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini