comscore
Tumpuan :
Nasional

3 restoran ada najis tikus diarah ditutup 14 hari

FOTO: MBPP

GEORGE TOWN: Penemuan najis tikus di lantai dapur dan tempat cucian ketika pemeriksaan dalam Operasi Bersepadu kelmarin menyebabkan tiga premis makanan di bandar raya ini diberi notis penutupan 14 hari.

Operasi pada jam 8 malam itu membabitkan Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang.

MBPP menerusi kenyataannya berkata, pemeriksaan membabitkan premis di Lebuh Tek Son, Jalan Penang dan Lebuh Pantai.

“Ketiga-tiga premis makanan itu diarah tutup serta-merta selama empat 14 hari berkuat kuasa 26 September.

“Kesemua premis itu juga gagal menyediakan kawalan makhluk perosak secara berjadual,” menurut kenyataan di Facebook, semalam.

FOTO: MBPP

Tindakan itu dilakukan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Establisymen Makanan MPPP 1991.

Menurut MBPP, pemeriksaan oleh JIM turut menahan seramai enam warga asing yang bekerja di dua daripada premis makanan berkenaan.

“Lima daripadanya tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, manakala seorang disyaki melanggar Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini