Tumpuan :
Nasional

3 sungai di Kelantan lepasi paras berjaga-jaga

FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Tiga sungai utama di Kelantan berada melebihi paras berjaga-jaga setakat jam 1 tengah hari ini.

Berdasarkan portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai berkenaan adalah Sungai Kelantan di Kampung Sokor, Tanah Merah dengan ketinggian 18.43 meter berbanding paras berjaga-jaga 18.0 meter.

Sungai Golok di Rantau Panjang turut melepasi paras berjaga-jaga 7.0 meter dengan bacaan 7.38 meter.

Sementara itu, Sungai Semerak di Pasir Puteh yang dicatat pada aras amaran pagi tadi susut kepada paras berjaga-jaga iaitu dengan ketinggian 2.02 meter.

Semua sungai lain direkodkan berada pada paras normal. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini