comscore
Tumpuan :
Jenayah

3 suspek miliki syabu bernilai RM21,000 ditahan polis

Foto hiasan

KLUANG: Dua lelaki dan seorang wanita berusia 25 hingga 40 tahun ditahan bersama 16 paket disyaki syabu bernilai RM21,000 di sekitar daerah ini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, hasil semakan mendapati dua suspek mempunyai rekod narkotik dan seorang lagi rekod jenayah lampau.

Katanya, semua suspek positif dadah jenis methamphtetamine hasil saringan ujian air kencing dan ditahan reman selama enam hari hingga 16 Mei nanti.

“Pada 10 Mei jam lebih kurang 12.10 tengah malam, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang menahan tiga suspek berkenaan

“Polis menemui bersama mereka 16 paket lutsinar disyaki berisi syabu dengan berat kasar 105 gram.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan rotan,” katanya ketika dihubungi hari ini

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini