Oleh: Fazli Ahmad
MARAN: Tiga termasuk dua anggota polis cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di 74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, dekat Sekolah Menangah Kebangsaan (SMK) Maran Dua, dekat sini, kira-kira jam 3.25 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, nahas berlaku ketika dua anggota polis terbabit dalam perjalanan dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Maran ke Felda Jengka 19 untuk menyiasat satu kes kemalangan.
Katanya, ketika tiba di lokasi kejadian sebuah pacuan empat roda dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke lorong bertentangan serta bertembung dengan kereta dinaiki dua anggota polis terbabit.
“Akibat nahas itu pemandu kereta polis terbabit, Koperal Mohd Razif Hamzah, 38, parah dan Penolong Pengawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD, Maran, Sarjan Mohd Azzuhair Hafifi Azman, 29, cedera,” katanya.
Menurutnya, pemandu pacuan empat roda terbabit turut cedera dan semua mangsa sedang dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.