comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 3,060 kes seksual kanak-kanak didakwa di mahkamah, Akta 792 bakal dipinda

 

Oleh Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR: Kerajaan dalam proses membuat pemindaan terhadap Akta 792 untuk ditambah baik sebagai usaha memberikan perlindungan menyeluruh kepada kanak-kanak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan turut akan meminda Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 atau Akta 676.

“Pemindaan AktaKeterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 [Akta 676] bagi memperuntukkan mengenai pendengaran khas sebagai suatu lagi mekanisma di mana keterangan saksi kanak-kanak boleh diambil dalam bentuk rakaman video”

“Ia supaya kanak-kanak tidak perlu menghadiri perbicaraan, serta pemberian kuasa kepada mahkamah untukmelarang soalan-soalan yang tidak wajar diajukan kepada kanak-kanak bagimemastikan seseorang saksi kanak-kanak itu dapat memberikan keterangan denganlebih tenang, lancar dan selesa”

“Namun begitu, kaedah perundangan sahaja adalah tidak mencukupi untuk menangani isu jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Semua langkah yang diambil dalam proses sistem keadilan jenayah bagi sesuatu kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak hendaklah mesra kanak-kana,” katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman di Dewan Rakyat.

Selain itu, mengenai isu bilangan kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang telah dilapor, didakwa dan diselesaikan sejak Akta Kesalahan-Kesalahan Terhadap Kanak-Kanak 2017 dikuatkuasakan.

Menurut Datuk Seri Azalina, sejak 2018 sehingga Januari tahun ini, sebanyak 5,519 kes telah dilaporkan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Antara 5,519 kes itu, sebanyak 4,713 kes atau 85.4% telah diselesaikan dan sebanyak 3,060 kes pula telah dituduh iaitu 55.4% di mahkamah.

Loading...
Terkini