comscore
Tumpuan :
Nasional

331 mangsa sindiket penipuan kerja diselamatkan, 139 lagi masih terkandas

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

KUALA LUMPUR: Seramai 470 mangsa penipuan sindiket pekerjaan dilaporkan bagi tempoh 2021 sehingga kini.

 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, daripada jumlah tersebut, 331 mangsa berjaya diselamatkan, manakala 139 masih terkandas di negara terlibat.

Usaha untuk membawa pulang mangsa terkandas terus dipergiat menerusi kerjasama bersama negara berkaitan.

Turut dikenalpasti, ejen pekerjaan yang terlibat bagi mengelak insiden sama dari berulang.

“Tindakan yang diambil termasuklah kita berkerjasama dengan negara yang berada di sana, Kemboja, Thailand, Myanmar, Laos”

“Kedua kita kenalpasti sindiket atau dalang terutama ejen pekerjaan di Malaysia kita locate keberadaan mereka bila kes yang kita selamatkan kita akan adakan siasatan komprehensiif ia mesti berakhir dengan pendakwaan sekysen 12 atau seksyen 14 akta ini”

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol yang meminta KDN menyatakan statistik terkini bilangan mangsa penipuan sindiket kerja dan apakah pelan dan tindakan kerajaan untuk menangani masalah penipuan kerja.

Mengulas lanjut, Datuk Seri Saifuddin berkata langkah lain dilaksana bagi mengelak lebih ramai rakyat terjerumus menjadi mangsa, termasuklah menerusi paparan elektronik di lapangan terbang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini