comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PDRM siap siaga pastikan keselamatan sepanjang penamaan calon esok

FOTO: NSTP

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) siap siaga bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjaga sepanjang tempoh penamaan calon esok.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata selain 31,183 petugas beruniform dan tidak beruniform, PDRM juga akan menggerakkan aset dron bagi menjalankan pemantauan.

Beliau yang juga Pengarah Op PRU-15 PDRM meminta semua pihak yang terlibat agar memberi kerjasama dalam mematuhi undang-undang dan mengelak daripada melakukan sebarang provokasi.

Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR menetapkan hari penamaan calon pada 5 November manakala hari pengundian pada 19 November depan.

Pengundian awal ditetapkan pada 15 November.

Loading...
Terkini