KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri sedang memantau secara rapat situasi di Syria dan implikasinya terhadap kestabilan di rantau Timur Tengah.
Wisma Putra dalam kenyataan berkata, kementerian melalui Konsul Kehormat Malaysia sedang berhubung secara berterusan dengan rakyat Malaysia di Syria.
“Sehingga kini, semua 37 pelajar Malaysia dan lima rakyat Malaysia lain yang berdaftar di negara terbabit dilaporkan selamat.
“Rakyat Malaysia yang di berada di Syria dan negara berhampiran juga digalakkan untuk mendaftarkan melalui e-Konsular menerusi pautan https://ekonsular.kln.gov.my untuk menerima maklumat terkini dan bantuan jika diperlukan,” katanya.
Wisma Putra berkata, kementerian ini akan terus memantau keadaan dengan rapat dan memberikan maklumat terkini untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
Selain itu, sekiranya terdapat rakyat Malaysia memerlukan bantuan konsular, boleh menghubungi Konsul Kehormat Malaysia di Syria di talian +963 93324 5555, emel ([email protected]) atau Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan di talian + 962 6 590 2400 / +962 6593 4343 dan emel ([email protected]).
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.